TEMPAHAN UNTUK KAWASAN SIBU DIALU-ALUKAN.. Pengumuman : Kelas masakan dan produk kami ada dijual di Tkt. 1,Shoplot 26, Lorong satria 2B,Taman Desa,Sibu mulai 15 SEPTEMBER 2012. Sesiapa yang berminat sila hubungi admin di 013-8174166 Kami juga ada menjual produk lain. Keterangan lanjut, sharingiscaringasma.blogspot.com

Sunday, February 24, 2013

PUDING COKLAT

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Hari Ahad ini, banyak masa terluang, teringin pula nak cuba resepi dari barat. Kali ini nak cuba Puding Coklat.. dah google .. banyak versi Puding Coklat. Tapi kali ini nak cuba resepi ini. Nampak mudah, rasanya anak kita pun boleh buat.





Yang pasti...puding ini sangat sedap. Rasa coklatnya memang ummp.. Nasihat saya, cubalah resepi ini. Macam dadih tapi lagi sedap. Minta maaf, saya lupa nak rekod link resepi ini..

Puding Coklat :

Bahan:
3 cawan susu segar
1/3 cawan gula
2 sudu meja tepung jagung
2 sudu meja serbuk koko
1/4 sudu teh garam
2 biji kuning telur
85 gm dark chocolate  / semi sweet chocolate ( cincang kecil)
1 sudu teh vanilla

Cara membuatnya :
1. Dalam mangkuk kecil: 1 cawan susu dicampur dengan serbuk koko, gula , garam, vanilla dan kuning telur, Gaul hingga rata.
2. Susu yang selebihnya dimasak bila mula mendidih, kecilkan apinya. Kemudian masukkan adunan yang telah dicampur tadi ke dalam susu yang mendidh tadi. Pastikan campuran adunan itu sentiasa dikacau sehingga pekat. Bila dan pekat, tutupkan api dan tuang dalam bekas.
3. Puding ini boleh dihidang semasa panas atau sejuk.

SELAMAT MENCUBA....

No comments:

Post a Comment