TEMPAHAN UNTUK KAWASAN SIBU DIALU-ALUKAN.. Pengumuman : Kelas masakan dan produk kami ada dijual di Tkt. 1,Shoplot 26, Lorong satria 2B,Taman Desa,Sibu mulai 15 SEPTEMBER 2012. Sesiapa yang berminat sila hubungi admin di 013-8174166 Kami juga ada menjual produk lain. Keterangan lanjut, sharingiscaringasma.blogspot.com

Sunday, February 24, 2013

CINNOMON ROLLS

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Hujung minggu tadi sempat juga mencuba resepi yang sempat google kat internet. Ada banyak versi..tapi bila baca komen dari pembaca, saya pilih resepi ini. Jangan tergelak tengok cinnomon roll ini. kali pertama buat, memang rupanya, x cantik hehe. Ada besar dan ada kecil . Namapak lucu..hehe.
Walaupun rupa tak cantik, tapi rasanya...mm..cubalah.. Tulis komen di blog ini.



Telah siap untuk dijamu....



Jom...minum petang dengan cinnomon roll

Resepinya :
Doh :
41/2 -5 cawan tepung gandum
2 sudu teh yis
1 cawan susu segar
1/3 cawan mentega
1/2 sudu teh garam
3 biji telur

Inti :
3/4 cawan gula perang
1/4 cawan tepung
1 sudu teh kayu manis
1/2 cawan mentega yang disejukkan
1/2 caran kismis

Cara menbuatnya :
Doh :
1. Campurkan semua bahan kering, masukkan susu dan dan telur sebiji demi sebiji. Gaul adunan sehingga adunan tidak lekat di tangan,
2. Biarkan adunan sehingga kembang 2 kali ganda,

Inti :
1. Semua bahan kering dicampur rata.
2. Mentega di lecek kecil dan dicampur dengan bahan kering tadi.

Setelah adunan kembang 2 kali, bahagi adunan kepada dua. Kemudian giling aduna rata saiz lebih kurang 12 inci x 12 inci. kemudain sapukan inti di atas adunan, inggalkan sedikiy di bahagian hujung untuk membolehkan adunan itu melekat /
Setelah adunan digilin g dan disapu inti, Gulungkan adunan seperti swiss roll.

Setelah adunan digulung, potongkan adunan , tebal lebih kurang 1 inci. susun adunan hingga masak.

SELAMAT MENCUBA....




No comments:

Post a Comment