TEMPAHAN UNTUK KAWASAN SIBU DIALU-ALUKAN.. Pengumuman : Kelas masakan dan produk kami ada dijual di Tkt. 1,Shoplot 26, Lorong satria 2B,Taman Desa,Sibu mulai 15 SEPTEMBER 2012. Sesiapa yang berminat sila hubungi admin di 013-8174166 Kami juga ada menjual produk lain. Keterangan lanjut, sharingiscaringasma.blogspot.com

Tuesday, December 18, 2012

Nasi Ayam

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Hari ni nak cuba masak nasi ayam. nak tau rahsia nasi ayam yang sedap? Mudah aje... untuk mempastikan nasi ayam yang kita masak itu sedap, 2 perkara yang perlu diambil perhatian:
i. sup ayam yang sedap
ii. beras yang wangi dan lembut

Mula-mula kita kena buat nasi ayam. Untuk membuat nasi ayam, kita kena sediakan sup ayam dahulu.

Sup ayam:
Masukkan 2 paha ayam  ke dalam periuk. masukkan air secukupnya, pastikan air sup cukup untk masak nasi nanti. . setelah itu tumbukkan 2 ulas bawang putih, 2 ulas bawang merah, 1 inci halia. Masukkan ke dalm periuk yang mengandungi ayam tadi. Masukkan rempah tumis.Masukkan juga serbuk perasa dan garam. Masakkan sehingga air mendidih. Bila ayam sedikit masak, keluarkan isi ayam tersebut. Pastikan ayam separuh masak.

Nasi Ayam :
Ambil beras secupnya. Bersihkan beras tersebut dan toskan. Mula-mula panaskan majerin. Setelah panas, masukkan rempah tumis,Masukkan bawang putih, merah dan halia yang telah ditumbuk tadi.Kemudian masukkan beras yang telah ditos tadi. Gaul rata, tambahkan air sup secukupnya. ikut sukatan air untuk memasak nasi.Gaul rata dan tudungkan periuk sehingga nasi masak. kalau ingin nasi ayam yang wangi, boleh masukkan daun pandan semasa memasak nasi,

Ayam :
Sediakan bahan untuk memerap ayam yang separuh masak tadi. Bahannya, tumbukkan bawang merah, bawang putih, halia. Gaulkan bahan yang ditumbuk pada ayam tadi. Campurkan garam, sedikit gula dan kicap cair. Perapkan sekejap. Bila dah serap, gorengkan ayam sehingga masak.

Cara menghidang ayam:
Potongkan ayam pada beberapa bahagian. Letakkan kicap cair dan sedikit minyak bijan semasa menghidang ayam tadi'

No comments:

Post a Comment