TEMPAHAN UNTUK KAWASAN SIBU DIALU-ALUKAN.. Pengumuman : Kelas masakan dan produk kami ada dijual di Tkt. 1,Shoplot 26, Lorong satria 2B,Taman Desa,Sibu mulai 15 SEPTEMBER 2012. Sesiapa yang berminat sila hubungi admin di 013-8174166 Kami juga ada menjual produk lain. Keterangan lanjut, sharingiscaringasma.blogspot.com

Friday, December 7, 2012

Bubur Asyura

Assalamualaikum, dah lama dah post resepi, hari ini nak share resepi yang terkenal di kalangan umat islam terutamanya di sarawak.


Begini cara membuatnya :

1. Cuci beras, kemudian masak seperti kita membuat bubur nasi.
2. sediakan bahan untuk menumis :
   bawang merah, halia, bawang putih secukupnya dihiris
   sediakan rempah tumis
   anda boleh mengguna rempah sup atau rempah kurma ikut pilihan anda.
   Minyak sapi untuk menumis
  ayam / daging  yang direbus dan dicarik
  sayur campur -kacang pea, jagung dan carot
   2 cawan santan


Panaskan minyak sapi. Masukkan bahan yang ditumbuk tadi. Goreng hingga garing.






Cara membuatnya:
1. Panaskan minyak sapi. Masukkan rempah tumis,kemudian masukkan bahan-bahan yang dihiris,. Kemudian masukkan rempah sup atau kurma ikut pilihan masing-masing.
2. kemudian bahan yang ditumis tadi dimasukkan ke dalam nasi bubur tadi. Masukkan ayam atau daging yan dicarik, sayur campur dan santan. kemudian masukkan garam secukupnya.
3. hidang seperti di atas.
 selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment