TEMPAHAN UNTUK KAWASAN SIBU DIALU-ALUKAN.. Pengumuman : Kelas masakan dan produk kami ada dijual di Tkt. 1,Shoplot 26, Lorong satria 2B,Taman Desa,Sibu mulai 15 SEPTEMBER 2012. Sesiapa yang berminat sila hubungi admin di 013-8174166 Kami juga ada menjual produk lain. Keterangan lanjut, sharingiscaringasma.blogspot.com

Thursday, December 29, 2011

KEREPEK GUNTING -step by step

Beberapa hari yang lepas, saya buat kerepek guning. Ini resepi bonda. Teringat zaman kanak-kanak dulu, bila nak raya, bz lah buat kerepek ni. saya postkan resepi di sini, untuk rujukan sendiri. Kalau lama tak buat, memang akan lupa. Kerepek i buat ni, terlalu masak, kalau goreng jangan sampai macam ini, bila warna kekuningan dah boleh angkat


 Resepinya:
1 kg tepung gandum
2 cawan air
5 biji bawang merah ( saiz sederhana)
5 ulas bawang putih
udang kering atau ikan bilis ikut suka
2 sudu garam
3 sudu magarine
1 biji telur
3 sudu cili boh
sedikit daun kari- dihiris
Jintan putih ( biji ) ikut suka

Cara Membuatnya:
1. Blend bawang putih, bawang merah , telur dan ikan bilis / udang kering serta garam.
2. Bahan yang telah blend tadi, masukkan ke dalam mangkuk besar, campurkan daun kari, cili boh, margarine dan jintan putih, gaul rata,
3. masukkan tepung dan uli sehingga adunan sebati
4. bahagikan adunan kepada bahagian yang kecil
5. Canaikan adunan sehingga nipis atau guna mesin mee . canai nipis, guna no. 5
6. adunan yang telah dicanai nipis, panaskan sedikit seperti kita memanas roti canai. Tujuannya adalah untuk supaya ia tidak memelekat dan memudah unuk proses menggunting nanti.
7. Adunan nipis yang telah dipanas tadi , bolehlah digunting mengikut bentuk yang kita suak. Saya menggunting bentuk segiempat serong.
8. Akhir sekali goreng  sehingga garing.

SELAMAT MENCUBA

No comments:

Post a Comment