TEMPAHAN UNTUK KAWASAN SIBU DIALU-ALUKAN.. Pengumuman : Kelas masakan dan produk kami ada dijual di Tkt. 1,Shoplot 26, Lorong satria 2B,Taman Desa,Sibu mulai 15 SEPTEMBER 2012. Sesiapa yang berminat sila hubungi admin di 013-8174166 Kami juga ada menjual produk lain. Keterangan lanjut, sharingiscaringasma.blogspot.com

Thursday, December 29, 2011

KEK PISANG

Saya suka kek pisang, dapat resepi dari myresepi.com. tapi saya ubah sedikit dari resepi asal. Secara umumnya, saya puas hati dengan rasa kek ini. kalau nak cuba resepi ini, kena ikut betul-betul resepi ini. Pastikan cara-caranya dipatuhi..mesti menjadi...



Bahan-bahan
* 250g tepung gandum
* 1camca teh soda bikarbonat ( I tambah 1 sudu Baking Powder )
* 1/2 camca teh garam
* campur dan ayak

15g ovellette
150g gula halus
5 biji telur - Gred A
125g mentega - dicairkan dan disejukkan
100g minyak jagung (Aku guna mana-mana minyak masak)
225g pisang emas + camca teh esen vanila - dilecek

Cara-cara
Panaskan oven 175c. Lenserkan loyang dengan mentega dan taburkan tepung gandum. Ketuk2 loyang untuk keluarkan lebihan tepung.
Putar gula dan ovellete hingga sebati. Masukkan telur dan putar lagi dengan kelajuan tinggi hingga adunan naik dan pekat. (Macam adunan bahulu).
Perlahankan speed dan masukkan pisng lecek. Pukul sebati.
Masukkan bahan ayak berselang-seli dengan mentega cair dan minyak hingga habis.
Tuang dalam tin/loyang. bakar 55-60 minit atau sehingga masak.

23 Feb 2012 - Kepada teman-teman yang ingin mencuba kek pisang, guna resepi kek pisang yang lagi satu, yang ini kurang menjadi sebab bahagian bawah tak gebu, resepi yang lagi satu lebih mudah, hanya menggunakan blender. Saya dah buat banyak kali.. memang tak akan mengecewakan.

No comments:

Post a Comment