TEMPAHAN UNTUK KAWASAN SIBU DIALU-ALUKAN.. Pengumuman : Kelas masakan dan produk kami ada dijual di Tkt. 1,Shoplot 26, Lorong satria 2B,Taman Desa,Sibu mulai 15 SEPTEMBER 2012. Sesiapa yang berminat sila hubungi admin di 013-8174166 Kami juga ada menjual produk lain. Keterangan lanjut, sharingiscaringasma.blogspot.com

Monday, April 23, 2012

Menganyam ketupat

seperti yang dijanjikan saya akan post video cara menganyam ketupat. Harap ia akan jadi panduan yang berguna untuk sesiapa yang membaca blog ini.

1.Ketupat jering - yang paling simple untuk dianyam;



2.




Wednesday, April 18, 2012

Mengayam Ketupat

Salam...
Kalau bercakap tentang ketupat, terinagt hari raya. M... teringat hari raya sebab ketupat hanya dihidang semasa kari raya. sekarang ini semuanya mudah, nak makan ketupat, ada ketupat segera. tak pandai menganyam ketupat , boleh upah orang atau beli kelongsong ketupat yang dah siap. Hanya perlu masukkan beras dan proses seteusnya akan jadi mudah. Disebabkan semuannya mudah, tak ramai generasi muda yang boleh menganyam ketupat. menyedari hakikat ini, saya ingin postkan video menganyam ketupat disini semuga boleh menjadi rujukan pada saya sendiri dan kepada sesiapa sahaja yang perlu.

Di sarawak, kita mengguna pucuk daun nipah untuk membuat ketupat.
ini antara jenis ketupat yang biasa dibuat.

1.Ketupat jering



2. Ketupat Lelaki;


3.Ketupat Perempuan :

ini antara jenis ketupat yang biasa dibuat. banyak lagi yang saya akan post kemudian.





Tips memasak kari

Salam...
Hari ini tak ada apa nak buat so nak share tips memasak kari yang sedap. Tips ini dari seorang kawan yang berpengalaman dalam memasak lauk pauk untuk kenduri samada besar atau kecil-kecilan. beliau merupakan tenaga pengajar dalam kelas memasak ishahbakery.blogspot.com.
Antara tipsnya adalah;
1. Bahan yang kita tumis perlulah digoreng sehingga betul-betul garing.
2. Santan yang diguna diperah sebanyak 3 kali dan pati santan hendaklah yang terakhir diletak.
3. supaya kari kita wangi, dicadangkan mengguna daun pandan. Tapi ini ikut selera masing-masing.

Nak tau tips lebih lanjut, boleh daftar nama untuk kelas. email di asmashar1@yahoo.com.

Monday, April 9, 2012

Nasi Manis -step by step

Salam...
Hari ini nak share salah satu resepi keluarga. Semoga post ini akn jadi rujukan famili dan sesiapa sahaja yang berminat nak mencuba resepi ini.



Bahan -bahannya :
3 tin susu beras pulut dicuci dan dimasak dengan 1 1/2 tin susu air sehingga masak.
1/2 kg kelapa parut diperah dengan 1 tin susu air.
1/2 kg gula nipah atau gula melaka secukup manis.

1. Mula-mula masak beras pulut, Macam masak nasi


2. Masakkan pati santan hingga mendidih.



3. Masukkan gula nipah atau gula melaka ke dalam santan yang sedang mendidih.


4. Masukkan nasi yang telah dimasak ke dalm santan dan gaul hingga sebati.





5. Pulut yang telah digaul tadi dipadat dalam bekas. bila telah sejuk, boleh dipotaong dan apa lagi, boleh dimakan.


Selamat mencuba....







Red Velvet

Cup cakes lagi...


Apam bentuk buah limau

cuba buat apam bentul lain, betuk buah limau, kali pertama buat, tak cantik sangat..


Apam Polkodot

Hi... apam polkodot lagi...
kalau ada sesiapa nak order RM10 , 35 biji. Apam ini berinti coklat. Sudah pasti sedap.