TEMPAHAN UNTUK KAWASAN SIBU DIALU-ALUKAN.. Pengumuman : Kelas masakan dan produk kami ada dijual di Tkt. 1,Shoplot 26, Lorong satria 2B,Taman Desa,Sibu mulai 15 SEPTEMBER 2012. Sesiapa yang berminat sila hubungi admin di 013-8174166 Kami juga ada menjual produk lain. Keterangan lanjut, sharingiscaringasma.blogspot.com

Sunday, July 19, 2015

Buah Melaka

Assamualaikum dan salam sejahtera,
Kali ini nak share kuih yang paling senang nak buat dan paling sedap . Ini  antara kuih yang menjadi kegemaran keluarga saya. Tak perlu nak bazir duit beli kuih -muih kat luar. Buat sendiri lagi fresh dan sedap. kebersihan juga lebih terjamin.

Bahan-bahannya :
1 bungkus tepung pulut ( kalau famili kecil 1/2 bungkus pun cukup)
3 sudu besar tepung gandum
air pandan secukupunya ( blendkan air dan daun pandan )
pewarna hijau jika perlu

Untuk inti :
Gula melaka
Kalau guna gula apong, kena campurkan dengan gula pasir sehingga tidak berair

Kelapa parut untuk balut kuih .

Cara membuatnya :
1. Masukkan tepung pulut dan tepung gandum dalam satu bekas, kemudian gaulkan, masukkan air pandan dan gaul sehingga adunan boleh dibentukkan.
2. Ambil adunan ,ikut saiz yang kita suka, leperkan dan masukkan inti, kemudian bulatkan. Buatlah begitu sehingga habis.
3. Adunan yang telah dibentuk dimasuk ke dalam air yang mendidih. Buah melaka yang dah masak akan timbul.
4. Angkat kuih yang dah masak kemudian digaul dengan kelapa parut.

Sedia untuk dimakan. Selamat mencuba....


No comments:

Post a Comment