Semuga pembaca semua sihat dan ceria selalu. Jenguk blog ni, pasti nak cuba reepi pesembur ni. Saya pun 1st time buat pesembur ni. Teringat masa belajar kat UM dulu, hujung minggu selalu beli pesembur dari mamak ni. Memang sedap. Kat tempat saya ada jual pesembur tapi versi orang sini. Ada juga persamaan tapi orang kat sini panggil rojak tambi. Agaknya dulu orang India yang jual, tulah namanya rojak tambi.
Ini hasil yang saya buat tadi. Nampak pucat sebab orang rumah tak makan pedas.. Kalau nak tambah lebih cili, supaya tak pucat.
resepi yang saya buat ni ,taklah 100% ikut Mr. Google, saya ubah sedikit ikut cita rasa saya.
Ikut resepi yang sebenarnya ada sengkuang dan kentang rebus. Tapi saya takletak, sebab saya tak minat sengkuang dan kentang rebus.
STEP 1; Kena sediakan semua bahan yang diperlukan.
Bahan boleh dibahagi kepada 2:
Kuah dan isi pesembur.( tak tahu nak cakap macam mana, harap faham k )
Isi Pesembur :
2 biji timun
1 biji sengkuang
4 keping tauhu yang telah digoreng.
cucur udang keras
cucur udang lembut
kentang yang telah direbus
Cucur udang keras :
1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung beras
1 sudu garam
100 gm udang kering yang telah ditumbuk halus. (lebih pun tak apa)
sedikit perasa
sedikit serbuk kunyit
3 sudu makan kelapa parut kering
1 sudu kecil yis.
1 biji bawang besar yang dihiris halus.
air secukupnya
Adunkan kesemua bahan diatas dan ketepikan, Tunggu sampai kembang.
Cucur Udang Lembut
3 cawan tepung gandum
1 1/2 sudu kecil garam
300 gm udang , boleh cincang sebahagian dan sebahagian lagi diletak atas cucur semasa menggoreng cucur nanti
sedikit daun kucai yang dihiris
1 biji bawang besar yang dihiris halus
1 sudu kecil yis
1 sudu kecil Baking Powder
sdikit serbuk kunyit
air secukupnya.
Adun semua bahan diatas dan ketepikan sehingga kembang
Kuah Pesembur :
200 gm udang kering yang ditumbuk lumat, tapi saya guna 500 gm sotong yang orang yang diguna untu rojak sotong.
300 gm kacang tanah yang dioreng tanpa minyak
500 gm ubi keledek yang direbus dan dibuang kulitnya
5 ulas bawang merah saiz besar
34 ulas bawang putih
air secukupnya
3 sudu tepung jagung untuk memekatkan kuahnya.
taugeh sedikit, tapi saya tak guna.
garam secukunya
sedikit perasa
cili boh ikut cita rasa
Cara:
Panaskan minyak, masukkan bawang merah dan bawang putih yang ditumbuk hingga naik baunya. Masukkan cili boh, goreng hingga pecah minyak. Kemudian masukkan udang kering dan goreng lagi
Sementara tu, kisarkan keledek dengan kacang tanah dengan mesin pengisar hingga halus dengan, tamahkan air untuk memudahkan prses mengisar. Kemudian masukkan bahan ini ke dalam periuk yang kita tumis tadi.
Masak hingga mendidih , masukkan garam , gula dan secukup rasa. Akhir sekali boleh masukkan tepung jagung yang telah dicampur air untuk memekatkan kuahnya.
Dah siap... apa lagi hiris semua bahan pesembur, bubuh kuah dan jom...makan..
No comments:
Post a Comment