TEMPAHAN UNTUK KAWASAN SIBU DIALU-ALUKAN.. Pengumuman : Kelas masakan dan produk kami ada dijual di Tkt. 1,Shoplot 26, Lorong satria 2B,Taman Desa,Sibu mulai 15 SEPTEMBER 2012. Sesiapa yang berminat sila hubungi admin di 013-8174166 Kami juga ada menjual produk lain. Keterangan lanjut, sharingiscaringasma.blogspot.com

Wednesday, January 14, 2015

Kuih Penyaram 1

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Lama tak post resepi kat blog ini. Dulu saya pernah post tentang kuih penyaram ini. Ini adalah kuih kegemaran saya, tapi tak boleh makan selalu sebab sangat berminyak. Kalau sekali -sekala bolehlah makan.
Orang kata kuih ini berhantu. Bukan berhantu yang menakutkan, jangan risau. Berhantu kat sini kerana  walaupun guna resepi yang sama kadang-kadang tak menjadi juga. Tapi saya rasa ini bergantung kepada jenis gula apong yang diguna, cara kita menggoreng adunan.

Orang kata, kalau kita goreng adunan, jangan guna minyak yang terlalu panas dan minyak jangan terlalu banyak. Guna minyak sedang-sedang saja.

Dah banyak kali membuat penyaram ini, dan banyak juga resepi yang diguna, tapi resepi ini yang paling best. Kalau cuba , memang jadi.



Terlebih dahulu saya nak ucap terima kasih pada teman yang sudi kongsikan resepi ni. Semuga perkongsian ini akan memberi manfaat pada peminat kuih penyaram ini . Dan semuga ini menjadi saham akhirat kami.

Bahannya:
3 tin susu tepung gandum
3 tin susu tepung beras
1 tin susu gula
3 tin sus air
500 gm gula apong.

Cara membuatnya :
Masukkan semua bahan di atas dalam besen dan kacaukan semuanya hingga sebati. Perapkan adunan ini semalaman

Cara menggorengnya :
1. sediakan kuali yang kecil, masukkan sedikit minyak untuk menggoreng. Pastikan api tidak terlalu panas. Masukkan 1 senduk adunan ke dalam kuali. 
2. Masa menggoreng tu nanti, adunan itu akan mula masak dari bahagian tepi adunan ke tengah. Kalau kuih tu menjadi, biasanya adunan yang belum masak akan keluar, seolah-olah macam gunung berapi yang muntahkan laharnya.



Kalau dan cuba dan berjaya, jangan lupa komen k.
Selamat mencuba....

No comments:

Post a Comment