Hari minggu, banyak masa kat rumah. Kalau tak keluar, jom saya nak share buat cara buat kuetiaw goreng yang ringkas. Kalau kita masak sendiri lebih jimat tapi yang paling penting, kebersihannya terjamin. Ada lagi yang paling penting, kalau kita niatkan kerana Allah, InSyaAllah, kita masak tak sia-sia , selain dari dapat makan , kita dapat pahala pula tu. Kan betapa indahnya Islam. Semua perbuatan kita kalau kita niatkan kerana Allah dah pasti dapat pahala . InSyaAllah , saya berharap apa yang saya share kan di blog ini dapat memberi manfaat kepada yang membaca . Ilmu walaupun sekecil zarah, kalau ada orang mengamalkannya, kita akan dapat pahala walaupun kita telah meninggal dunia.
Ok, macam yang dijanjikan ,jom kita buat kuetiaaw goreng yang paling senang,
Bahan-bahan:
1 kg kuetiaw
4 ulas bawang putih, tumbukkan.
3 sudu minyak masak .
kicap pekat ikut cita rasa, biasanya tujuan guna kicap ini cuma untuk cantikkan warna kuetiaw kita
kicap cair secukup rasa
2 sudu secukup rasa
sedikit serbuk lada putih
udang/ sotong/ kerang /fish cake (potongkan), ikut mana nak guna
1 biji telur
daun kucai, taugeh ikut selera masing-masing
cili boh optional
Car membuatnya.
1. Panaskan minyak dalam kuali
2. Masukkan bawang putih,goreng hingga naik bau. Jika nak letak cili boh, letak sebelum letak bawang puti.
3. Bila bawang putih sudah kekuningan, masukkan telur, biar sekejap baru kacau-kacaukan. Biar telur agak kekuningan , baru masukkan udang/sotong atau fish cake. Gaul lagi.
4. Masukkan sedikit air, kicap pekat, sedikit garam, secukup rasa ,serbuk lada, sos cili (jika suka). Gaulakan.
5. Masukkan kuetiaw dan goreng sekejap, masukkan taugeh dan kucai, goreng hingga sebati. Blh tambahkan kicap jika kurang masin
7. jangan goreng terlalu lama , asalkan taugeh dan layu, boleh matikan apinya. Apa lagi dan ready utk makan. Mudahkan.
Selamat mencuba
No comments:
Post a Comment