Assalamualaikum .salam sejahtera,
Hi... apa khabar? Hari ahad ini, buat apa? Kalau dok kat rumah saj jom buat roti canai . Hari tu, tengok videokat facebook mamak buat roti canai. Entah sapalah yang post video tersebut. Rasa tak lalu nak makan roti canai mamak bila teringat video tersebut. Video tu menunjuk mamak tu selepas mandi kat sungai lap badannya dengan kain. Rasa video tu kat India kot. Kalau kita biasa tengok cerita India, biasanya kat kampung, lelaki India biaasanya bawa kain kat bahunya. Kain tulah untuk dia lap badannya. Lepas tu dia tunggang basikal gi kedai. Dia makan nasi dengan cara melenyek nasi dengan mengguna kelima-lima jari. Lepas makan berpeluh-peluh, dia lap lagi peluh dengan kain yang sama.
Lepas tu dia cuci tangan sedikit terus uli tepung untuk buat roti canai. selepas bentukkan adunan dia cover dunan dengan kain lap badan dia tadi..ish..geli rasanya..hehe. Mungkin tu hanya lawak aje kot.
Apa-apa pun , lebih baik kita buat roti canai sendiri. Dah tentu bersih dan suci, air tangan sendiri.
Resepi yang saya akan sharekan kali ini adalah resepi ibunda. Setiap hari kita emenag ada stok roti canai yang belum dimasak sebah ayanahda memangmakan roti canai setiap hari. Kadang Kak As ada juga cuba buat, tapi anak-anak kata tak sama macam nenek buat,. Yelah air tangan ibu memang tak sama. Tapi janagan putus asa, kalau buat banyak kali, memang akan jadi macam roti canai ibunda.
Resepi ibunda ni sangat simple dan yang pasti sangat sedap.
Bahan-banahnnya:
1 kg tepung gandum
1 tin air ( guna tin susu yang kecil)
1 sudu kecil garam
2 sudu minyak masak
Caranya :
Sediakan air , masukkan garam dan minyak masak. Kemudian masukkan tepung dan uli hingga adunan sebati. Selepas itu ebntukkan bulat. Biasanya ibunda buat 10 ketul untuk 1 kg. Saiznya just nice untuk seorang. kalau dah makan1 keping roti canai ibunda ni, boleh tahan sampai tengahari. Kalau dibandingkan dengan saiz roti canai yang dijual dikedai, rasanya, 1 keping roti canai ibunda sama dengan 3 keping roti canai kat kedai. Hehe..tulah boleh kenyang sampai tengahari hehe..
Setelah dibentuk dan disapu dengan majerin untuk mengelakkan ketulan itu melekat antara satu sama lain. Elok simpan dalam bekas yang bertutup. Biarkan selama 4 jam atau lebih. Biasanya ibunda kan uli dalam pukul 2 petang, bentukkan adunan. Dia akan biar samapai malam. Biasa dalam pukul 9 baru dia jenguk adunan tu..
Setelah lebih 4 jam, bahagian ini yang paling penting. Oleh kerana ibunda tak pandai menebar canai, biasa dia akan letak atas talam macam dalam gambar di atas. Kemudian leperka adunan itu dan tarik ke tepi talam sehingga dapat la[isan adunan yang nipis.
Setelah itu, sapukan majerin atas permukaan adunan tadi. Kuantiti majerin ikut selesa masing-masing, kalau nak roti cnai yang kurang berminyak,kurangkan sapuan majerin. Tapi biasanya, kalau kurang minyak tak berapa sedap..hehe.
Setelah tu gulungkan adunan seperti dalam gambar diatas. Biar 1,2 jam baru leperkan dan masak, macam roti canai yang biasa. Lepas masak kena pukul, macam yang mamak buat hehe..
Faham ke...Harap ini dapat menjadi roti canai kegemaran keluarg anda. Satu lagi nak beritahu, bila dalam bentuk serupa sanggul in, simpan dalam bekas bertutup samada guna bekas plastik biasa ataupun Tupperware, boleh simpan untuk 2 minggu. Kalau nak masak, keluarkan lebih awal dari peti sejuk. Cara ini sebenarnya lebih sedap dari roti canai segera yang biasa kita beli..
No comments:
Post a Comment