Assamualaikum dan salam sejahtera...
Sekarang ni musim mempelam, tiba -tiba terfikir hak buat jeruk mempelam. Tanya mak tadi macam mana buat jeruk buah mempelam. Kalau jeruk yang kita beli tu, memang banyak mengguna bahan kimia. Tu yang tak elok untuk kesihatan.
Kalau nak makan juga jeruk, baik buat sendiri.. Kak As belum buat lagi, kalau ada yang nak memcuba bolehlah...
ok , begini caranya...
1. Besrsihkan buah, buang kulitnya dan hiris ikut suka tebalnya.
2. Setelah itu, gaulakn buah yang telah dihiris dengan garam. Dan biarkan 1-2 jam.
3. Setelah itu, toskan buah tersebut.
4. Air gula boleh disedia lebih awal. Caranya buat air gula dengan memasak campuran gula dengan air, manisnya lebih kurang manis sirap yang belum dicampur air. Biarkan air gula sejuk.
5. Masukkan hirisan buah tadi dalam air gula yang sejuk. Untuk mencatikkan jeruk, semasa buat air gula boleh tambah sedikit pewarna kuning.
6. Biarkan semalaman. Hari kedua bolehlah disimpan dalam peti sejuk. Biasanya hari ketiga dah boleh makan. Kita kena simpan dalam peti sejuk sebab kita tidak mengguna bahan kimia, jadi jeruk kita tak tahan lama jika tidak disimpan dalam peti sajuk.
Selamat mencuba...
No comments:
Post a Comment