TEMPAHAN UNTUK KAWASAN SIBU DIALU-ALUKAN.. Pengumuman : Kelas masakan dan produk kami ada dijual di Tkt. 1,Shoplot 26, Lorong satria 2B,Taman Desa,Sibu mulai 15 SEPTEMBER 2012. Sesiapa yang berminat sila hubungi admin di 013-8174166 Kami juga ada menjual produk lain. Keterangan lanjut, sharingiscaringasma.blogspot.com

Monday, April 29, 2013

Tumpik Lemantak ( Tumpik Sagu)



Assalaualaikum dan salam sejahtera, pernah dengar tau tak tentang makanan ni. Ni salah satu resepi asli orang sarawak terutamnya popular di kalangan orang melanau. menurut orang tua, semasa zaman Jepun, mereka susah nak daptkan beras. selain dari makan ubi kayu, mereka makan tumpik lemantak ini sebagai makanan ruji mereka.
Pada masa sekarang ini, pendapat peribadi saya tak ramai orang sarawak yang pernahh makan ini terutama di kalangan anak muda yang lebih suka makan makanan segera.

Cara membuatnya mudah sahaja dan boleh ditokok tambah ikut selera masing-masing;

Bahannya :
2 cawan tepung sagu (guna yang fresh, bukan yang dikeringkan)
Kalau tepung yang kering, kena lembabkan dahulu.
1 - 1 1/2 cawan kelapa parut putih
1 cawan sagu yang dihancur kasar
3 sudu makan nasi ( optional-kalau tak letak pun tak apa)
garam secukup rasa

Optional : boleh tambah udang yang dicincang /hirisan cili /daun bawang/ bawang/ ikan bilis

Tapi apa yang saya share di sini hanya mengguna bahan asas sahaja.

Cara membuatnya:
Gaulakn semua bahan sehingga sebati. Teksturnya agak kering.

Panaskan periuk atau kuali, kemudian taburkan bahan yang digaul tadi. Tutupkan tudung periuk. Biar beberapa minit dan keluarkan dari periuk. Kalau suka versi yang ranggup, jangan tabur bahan tebal sangat, buat nipis sahaja. Asal dapat menutupi dasar periuk.

Perhatian : makanan sangat sedap dimakan ketika panas. Maknanya sambil masak , sambl makan. Sedapa nak masak hanya perlu 2-3 minit sahaja.

Periuk nasi orang dulu-dulu..





Selamat mencuba..

No comments:

Post a Comment