TEMPAHAN UNTUK KAWASAN SIBU DIALU-ALUKAN.. Pengumuman : Kelas masakan dan produk kami ada dijual di Tkt. 1,Shoplot 26, Lorong satria 2B,Taman Desa,Sibu mulai 15 SEPTEMBER 2012. Sesiapa yang berminat sila hubungi admin di 013-8174166 Kami juga ada menjual produk lain. Keterangan lanjut, sharingiscaringasma.blogspot.com

Wednesday, March 27, 2013

SUSHI LANGKAH STEP BY STEP

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Ada sesiapa yang minat makan sushi tapi tak tahu nak buat. ilmu ini saya pelajari dari seorang kawan . Sebelum ini, saya tak pandai makan sushi tapi selepas belajar buat, terasa sedap pula. Kalau kita buat sendiri, kita boleh pelbagaikan intinya ikut citarasa kita sendiri.
Resepi yang saya share di sini ikut cita rasa kita


Bahan-bahannya :
1.Beras sushi kuantiti ikut berapa kita nak buat. Boleh diganti dengan beras pulut biasa. Beras pulut dicuci bersih, campurkan sedikit cuka, garam dan secukup rasa ikut selera masing-masing. Masak seperti masak nasi. Kuantiti air seperti kita masak nasi biasa
2. Keping seaweed untuk membalut sushi
3. Sosej, ketam (digoreng dan dipotong memanjang) atau boleh guna tuna dalam tin
4. Sedikit mayonis.
5. Lobak merah dihiris memanjang. (boleh guna sayur lain ikut cita rasa masing-masing)
6. Beberapa biji telur yang telah digoreng dadar.

Antara bahan yang diguna :

Sosej dan isi ketam yang telah digoreng dan dihiris memanjang,


Di sini kita mengguna beras pulut. Beras pulut yang telah dimasak dengan mencampur garam , perasa dan sedikit cuka.


Lobak merah dan telur dadar yang telah dihiris.



Seaweed boleh didiapati di pasaraya. Cari jenis yang nipis, kerana lebih senang untuk menggulung nanti.



Cara membuat sushi langkah demi langkah :

1. alat yang diguna untuk membentuk sushi.

 
 2. Letakkan seaweed atas bekas diatas dan sapukan nasi pulut di atas seaweed tadi.


3.Sebelum itu sapukan mayonis pada pulut tadi untuk menyedapkan sushi kita. Boleh guna krim lain ikut selera masing-masing.


4. Susun  bahan-bahan yang dihiris tadi. Kedudukan bahan itu lebih ke bahagian yang akan digulung nanti, jangan terlalu ke tengah.



5. Gulungkan Seaweed tersebut sehingga selesai seperti dalam gambar ini.

6. Setelah selesai menggulung, kemaskan dengan menggunakan alat seperti dalam gambar.



Kemaskan gulungan seaweed anda, dengan cara yang ditunjuk dalam gambar. lepas itu boleh potong dengan pisau yang tajam dan boleh dihidang.
Mudahkan/ Selamat mencuba...



No comments:

Post a Comment