Kali ini nak share dengan teman-teman kelas cup cakes yang telah diadakan pada 13 Januari jam 10-12.30 tengahari. Alhamdulillah , peserta berpuas hati dengan kandungan kelas yang telah diadakan.
Saya mengambil langkah ini kerana di Sibu susah nak cari kelas semacam ini. Saya harap dengan usaha saya ini dapat membantu kawan-kawan yang suka kek cawan..
Aktiviti kelas;
1. peserta membuat aduanan kek coklat untuk kek cawan tersebut dan tips untuk kek cawan yang cantik diterangkan.
2.Demo hiasan dibuat terlebih dahulu dan peserta kemudian nya menghias kek cawan masing-masing mengikut demo yang diberi.
3. Peserta diajar cara membuat buttercream untuk kek cawan tersebut.
4. Akhir sekali peserta disedia 2 kek cawan untuk mereka hias sendiri mengikut cita rasa masing-masing berpandu kepada teknik yang telah diajar.
4. Untuk setiap kelas, peserta akan diberi 10 kek cawan dimana 8 kek cawan dihias mengikut demo yang diberi manakala 2 kek cawan mengikut cita rasa masing-masing.
Untuk kelas hari itu, sebagai pembuka tahun 2013, peserta diberi 12 kek cawan.
Bayaran adalah RM65 dan minimum peserta adalah 5 orang.
Jika pembaca diluar sana ingin mengikuti kelas ini, mereka boleh mengumpul kawan dan jika cukup corum , boleh hubungi pihak admin untuk aturkan tarikh kelas.
Photo-photo kelas :
1. Peserta sedang kusyuk menghias kek cawan
2.Antara kek cawan yang telah dihias.
No comments:
Post a Comment