TEMPAHAN UNTUK KAWASAN SIBU DIALU-ALUKAN.. Pengumuman : Kelas masakan dan produk kami ada dijual di Tkt. 1,Shoplot 26, Lorong satria 2B,Taman Desa,Sibu mulai 15 SEPTEMBER 2012. Sesiapa yang berminat sila hubungi admin di 013-8174166 Kami juga ada menjual produk lain. Keterangan lanjut, sharingiscaringasma.blogspot.com

Sunday, September 30, 2012

Putu Mayang Asli

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Teman-taman, bagaimana dengan resepi yang saya share selama ini, pernah ke mencubanya? kalau ye, tulislah komen supaya boleh perbaiki resepi tu dan menjadi panduan pada pembaca yang lain yang ingin mencubanya. selain dari itu, klik juga pada iklan, sekurang-kurangnya dapatlah menambah pendapatan admin hehe..

Ok, pagi ini saya akan share resepi putu mayang asli.

Putu mayang yang telah siap dikukus.

Sekarang boleh dimakan, hidang bersama kelapa parut.



Bahan-bahannya:
250 gm tepung beras
1 gelas air
3 helai daun pandan
garam secubit.
kelapa  yang dibuang kulit ari, diparut dan dicampur dengan gula

Cara :
1. masak air bersama daun pandan dan secubit garam sehingga mendidih
2. Tuangkan air mendidih kedalam bekas yang mengandungi tepung beras sedikit- sedikit sehingga adunan tidak melekat ditangan dan boleh dibentuk.
3. Adunan dimasuk dalam acuan putu mayang dan dipicit terus ke dalam periuk kukus. Buat bentuk yang bulat seperti dalam gambaar. Setelah itu, adunan perlu dikukus selama 10 minit.
4. Hidangkan putu mayang bersama kelapa parut.

Mesrti beli acuan ini dulu ....




Selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment