TEMPAHAN UNTUK KAWASAN SIBU DIALU-ALUKAN.. Pengumuman : Kelas masakan dan produk kami ada dijual di Tkt. 1,Shoplot 26, Lorong satria 2B,Taman Desa,Sibu mulai 15 SEPTEMBER 2012. Sesiapa yang berminat sila hubungi admin di 013-8174166 Kami juga ada menjual produk lain. Keterangan lanjut, sharingiscaringasma.blogspot.com

Wednesday, March 7, 2012

Mee Jawa -step by step

Salam, kali ni nak share buat kuah mee jawa. Saya tak pasti kuantiti sebenar untuk bahan-bahan yang perlu. Kalau nak buat lebih -kurang p1 periuk yang saiz sederhana, bahan-bahan yang perlu lebih kurang macam dalam gambar di bawah. Bagi pembaca yang biasa memasak , tentu lebih mahir kuantiti bahan yang perlu.
Cara membuatnya mudah aje. Ikut step di bawah.

Bahan yang perlu dikisar:

udang kering, serai, bawang merah, halia, lengkuas dan bawang putih.


2 ketul belacan, asam jawa dan keledek yang telah direbus


kacang tanah yang telah digoreng tanpa minyak dan dibuang kulitnya.

Semua bahan diatas dikisar  . ubi keledek dan kacang tanah dikisar berasingan dari bahanyang lain

1. Mula -mula panaskan minyak masak. Masukkan remaph tumis. setelah itu masukkan cili giling .




Kemudian masukkan bahan yang dikisar, kecuali keledek dan kacang tanah. Goreng hingga masak. Selaepas itu, masukkan serbuk kari dan rempah korma. Goreng lagi,



Setelah itu, masukkan keledek yang dikisar, masukkan kcang tanah. tambah air sehingga kuantiti yang kita kehendaki. Jerang hingga mendidih. Masukkan air asam jawa, serbuk perasa jika perlu. Gula dan garam secukup rasa. Biarkan kuah mendidih dalam masa 1/2 jam.
Untuk memekatkan kuah, masukkan 4 sudu tepung jagung yang telah dicampur air. dan masukkan ke dalam periuk. Setelah kuah agak pekat, hidangkan bersam mee kuning .

Selamat mencuba....

No comments:

Post a Comment