Ha...pernah tak dengar tentang kuih ni. ini kuih asli sarawak. Ia lebih kurang macam ketupat tapi lain sikit.
Bahan :
1 tin beras
1/2 tin beras pulut
1 biji kelapa ( buang kulit dan diparut )
garam secukup rasa
Cara membuatnya :
1. Anyam ketupat
2 Kedua beras dicampur , dibersih dan direndam, kemudian ditos dan dijemur sekejap. Setelah itu. dikisar .
biar agak kasar.
3. Beras yang telah dikisar dicampur dengan kelapa parut,masukkan garam secukup rasa.
4. Setelah itu, masukkan bahan tersebut ke dalam ketupat. jangan terlalau padat.
5. Rebuskan ketupat selama 1/2 jam
Selamat mencuba. Adunan ini sesuai juga di buat kuih talam iaitu untuk mengganti bahagian nasi pulut.
No comments:
Post a Comment