TEMPAHAN UNTUK KAWASAN SIBU DIALU-ALUKAN.. Pengumuman : Kelas masakan dan produk kami ada dijual di Tkt. 1,Shoplot 26, Lorong satria 2B,Taman Desa,Sibu mulai 15 SEPTEMBER 2012. Sesiapa yang berminat sila hubungi admin di 013-8174166 Kami juga ada menjual produk lain. Keterangan lanjut, sharingiscaringasma.blogspot.com

Wednesday, January 4, 2012

KEK OREN

Salam...
Malam ini sempat juga buat kek oren. Resepi yang sangat mudah. Saya ambil resepi dari blog dayangjack.blogspot.com .


Ikut aje resepi ini, pasti menjadi. Tak perlu guna mixer, guna blender aje. senangkan? Saya pun baru kali pertama buat, terus menjadi.

Bahan-bahannya:
1 biji limau sunkist - cuci dan potong kecil, buang biji dan bahagian putih ditengah limau tu.
170g gula halus ( saya guna 1 1/2 cawan gula)
1 cawan minyak
3 biji telur

 bahan diatas diblend hingga kembang.

masukkan 2 cawan tepung dan 1 sudu baking powder yang telah diayak ke dalam adunan yng dikisar tadi
Masukkan dalam acuan 6 inci dan bakar guna api bawah suhu 120c sehingga masak. Bila masak tukar api atas sehingga kek kekuningan.

selamat mencuba..

No comments:

Post a Comment