Harga RM2.00 10 biji donut.
Kebaikan donut ini, tidak mengguna bahan pengawet. Pelanggan boleh memperbagaikan hiasa pada donut. Tidak hanya mengguna gula halus sahaja. Boleh letak coklat, jelly dan lain-lain lagi. Pasti enak.
Beginilah rupa donut tersebut. lain kali saya tunjuk, donut yang telah dibungkus.
Sesiapa yang berminat. sila buat tempahan awal.
kalau ada sesiapa nak buat donut, di sini saya tulis resepi nya. Resepi ini saya perolehi dari seorang makcik. Saya share kan resepi di sini .
Bahan :
1 kilogram tepung gandum
2 sudu kecil yis
3 sudu gula
1/3 tin susu pekat
4 sudu majerin
1 biji telur
sedikit garam
15 oz air
Cara membuatnya;
1. gaulkan semua bahan hingga sebati. Jika masih keras tambahkan sedikit air.
2. Biarkan adunan itu kembang saiz 2 kali ganda saiz asal
3. Bila kembang, adun semula dan bentukkan macam donut atau mengguna acuan donut.
4.Bila cukup kembang, goreng hingga masak. bila sejuk, campurkan dengan gula halus.
5. apa lagi...boleh makanlah hehe
No comments:
Post a Comment