TEMPAHAN UNTUK KAWASAN SIBU DIALU-ALUKAN.. Pengumuman : Kelas masakan dan produk kami ada dijual di Tkt. 1,Shoplot 26, Lorong satria 2B,Taman Desa,Sibu mulai 15 SEPTEMBER 2012. Sesiapa yang berminat sila hubungi admin di 013-8174166 Kami juga ada menjual produk lain. Keterangan lanjut, sharingiscaringasma.blogspot.com

Saturday, December 17, 2011

MEE KUNING

Salam....
hari ini rajin sedikit, nak cuba buat mee kuning sendiri. Bila buat sendiri kita boleh kurangkan penggunaan bahan kimia, dengan itu mee kita lebih sihat..
ini merupakan percubaan kedua. nampak cantik sedikit. Percubaan pertama, x nampak macam mee, tulah tak post gambar kat sini.



30 Disember 2011;
Hai ...
Pagi tadi saya cuba lagi membuat mee kuning. kali ini boleh dikatakan telah berjaya membuat mee kuning.
Ok, macam yang telah dijanjikan, sini saya akan tunjuk STEP BY STEP membuat mee kuning. untuk rujukan saya sendiri dan teman-teman yang berminat.

Resepinya :
1 kg tepung gandum
air secukupnya 
1 sudu teh serbuk untuk rendam sotong
pewarna kuning
2 sudu minyak masak

Cara membuatnya ;
1. Campurkan air, serbuk merendam sotong , minyak masak dan pewarna kuning .( Ada juga resepi yang mengguna kapur /kunyit  tapi saya dah cuba, warnanya tidak cantik. Jadi saya sarankan guna pewarna kerana warna nampak lebih berseri.)  Gaul sehingga sebati.
2. Masukkan tepung gandum dan gaul sehingga adunan sebati.
3. bahagikan adunan itu kepada lapan bahagian dan adun secara manual dulu.
4. Sekarang, giling guna mesin mee, mulakan dengan no 7 dulu atau yang paling tebal. 
5. Setelah itu giling lagi, kali ini mengguna no. 4/ 5 giling hingga habis dan sapukan minyak pada stiap adunan yang telah digiling. Pada masa ini, sediakan air untuk merebus mee tersebut.
6. Setelah itu guna penggiling untuk mee pula dan rebus mee yang telah digiling itu. Rebus beberapa minit, mee akan timbul apabila ia masak dan toskan.
7. Mee yang telah ditos digaul dengan sedikit minyak masak supaya ia tidak melekat.

mudahkan membuat mee kuning ini. Kena cuba beberapa kali , barulah menjadi. ok, selamat mencuba.

Ini rupa mee yang telah berjaya saya buat.




No comments:

Post a Comment