TEMPAHAN UNTUK KAWASAN SIBU DIALU-ALUKAN.. Pengumuman : Kelas masakan dan produk kami ada dijual di Tkt. 1,Shoplot 26, Lorong satria 2B,Taman Desa,Sibu mulai 15 SEPTEMBER 2012. Sesiapa yang berminat sila hubungi admin di 013-8174166 Kami juga ada menjual produk lain. Keterangan lanjut, sharingiscaringasma.blogspot.com

Tuesday, December 20, 2016

Berniaga secara serious dengan mentor

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Dah agak lama tak menulis di blog ini. Tahun ini memang jarang sangat menulis di sini.

Di blog ini saya banyak share pengalaman saya dan juga tempat saya menyimpan resepi.
Lebih mudah di simpan di sini, pada bila-bila masa jika saya perlu merujuk resepi , boleh rujuk
saja selagi ada internet .

Kali ini saya tidak share resepi macam biasa tapi nak ceritakan aktiviti sepanjang
tahun ini. Sebenarnya pada tahun ini, saya telah membuat keputusan  yang drastik tentang
aktiviti perniagaan saya.

Oleh kerana minat berniaga, saya telah menceburi beberapa perniagaan MLM ,  kebanyakkannnya tidak bertahan lama. Hanya satu syarikat yang sahaja yang saya masih melibatkan diri
iaitu Sahajidah Hai O Marketing.

Saya juga telah melibatkan diri dalam membuat dan menjual kek lapis. Memang
menyeronokkan bila pada musim perayaan , orang lain
keluar duit tapi kita dapat duit tambahan.

Saya ambil keputusan untuk berniaga dengan cara betu dan serious. Saya mengambil
keputusan untuk mendapatkan proper coaching dengan mentor untuk
mempastikan saya tidak mengambil tindakan yang salah. Saya mengambil keputusan untuk
mendapat khidmat dari Dr Touching.

Wednesday, June 29, 2016

Demo Falcon di Sarawak dan Sabah

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Rupa-rupanya ramai yang tidak tahu tentang mesin falcon ini,  Saya tahu tentang mesin ini 5 tahun yang lepas tapi tidak yakin untuk membeli secara online, maklullah bukannya murah. Jika idak boleh digunakan  niaya hehe.

Pada penghujung tahun 2015 , saya dan kawan telah menghadiri kelas falcon yang dikendali oleh Puan Siti Aishah. Pada pendapat saya biarlah kita lihat dengan mata kita sendiri dan cuba sendiri sebelum kita membeli. Saya masih ingat lagi kami pergi ke Kampung Subang untuk hadir program falcon. Kebetulan Puan Siti ada kendali kelas demo falcon di situ.

Sangat-sangat teruja dengan demo tu, tanpa fikir lama-lama saya dan kawan membawa balik satu unit seorang .
Saya share dengan kawan dan mendapat respon yang positif dan saya terus mengambil keputusan untuk menjadi agen untuk Sarawak dan Sabah dan mungkin juga Brunei jika ada yang berminat.

Sehingga hari ini, dah banyak unit falcon terjual dan saya rasa sangat gembira dapat bantu ramai wanita. Terutama yang sumber pendapatan adalah dari jualan kuih muih. Penyediaan kuih menjadi lebih singkat dengan bantuan falcon dan seterusnya menambah pendapatan.

Kelebihan mesin falcon:
1. Mesin falcon ini berat dalam 10 kg dan mudah untuk dibawa sebab saiznya tak besar, 
2. Senang untuk dikendali sebab hanya ada 2 function - uli dan picit
3. Acuan sentiasa upgrade, sekarang buat karipap tak perlu uli dan giling, hanya letak inti dan terap dengan acuan karipap.
4. membuat biskut dengan pantas dan senang.
5. Pengguna boleh menyesuaikan resepi supaya boleh diguna dengan mesin ini.
6. Mesin ini senang untuk dicuci , user friendly.

Yang menyebabkan saya tertarik pada mesin ini ialah bila Pun Siti membuat demo mee kunig. Rasa sangat wow... sebab masukkan tepung dan air, mesin uli satu minit dan ubah fungsi dan on..tak lama lepas tu mee pun keluar. Rasa macam tak percaya, senangnya membuat mee kunig.

Mee Kuning Falcon:

Saya nak cerita sedikit tentang kelebihan mee kuning yang dihasil oleh falcon.
Mee ini tidak mengguna bahan kimia hanya guna 2 bahan : tepung dan cecair .
Saya tulis cecair sebab ikut krativiti kita samada guna cecair kunyit, bayam , spirulina dan apa-apa yang boleh menambahkan khasiat pada mee tersebut.

Untuk pelanggan di kawasan yang berdekatan dengan Sibu, saya akan membuat kelas demo di kedai saya dan saya dan team juga ada membuat mobil demo di kawasan sekitar Sibu seperti Sarikei, Mukah , Daro, Kapit dan lain-lain kawasan yang berhampiran, ikut permintaan. Sesiapa yang berminat, bolehlah hubungi saya di 013-817 4166.

Kek Buah Bermalam

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Agak lama dah tak update blog ini. Ada banyak aktivti lain yang tidak mengizinkan saya untuk meluang masa untuk menulis. Puasa dan tinggal beberapa hari lagi, tak terasa masa berlalu sangat pantas.

Pada tahun ini, saya tidak menerima apa tempahan kek sebab banyak komitmen lain yang harus diselesaikan. lagipun  mungkindah masanya untuk berehat hehe. Selama beberapa tahun membuat kek lapis, banyak ilmu-ilmu yang sangat berguna yang InsyaAllah akan membantu dalam usaha  saya ingin membuat perniagaan yang lebih serious , bukan bermusim seperti sekarang ini.

Syukur, saya telah mengambil langkah berani dengan membuka Moreadd Sdn Bhd yang pasti menjadi platform untuk saya berniaga dengan lebih serious.

Tahun ini, saya hanya mengambil tempahan kek Buah sebab senang nak buat dan tak mengambil masa lama untuk penyediaan nya,

Ini resepi yang saya guna , Sumber rujukan resepi ini, adalah resepi lama orang sarawak dan saya ubahsuai ikut keadaan semasa agar lebih mudah penyediaannya.

Bahan-bahannya :

250 gm butter
500gm  gula
5 biji telor
500 gm  tepung
1/2  tin susu pekat
750 gm  kg buah-buahan kering / Kismis

Cara membuatnya :

1. Gula dan butter dipukul hingga kembang.
2. Masukkan telur satu persatu
3. MAsukkan tepung , gaul rata
4. masukkan buah-buahan kering yang telah digaul dengan tepung dan 1 sudu baking powder
5. Perap semalaman
6. Keesokan harinya, masuk dalam acuan dan kukus selama 4 jam.

Selamat mencuba

Saturday, May 21, 2016

Kek coklat lembab paling sedap dan paling mudah

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Anak saya peminat tegar kek coklat. Tapi dia akan hanya sukakek coklat yang betul-betul sedap.
Kalau saya buat kek coklat guna resepiyang ada kat internet, so far dia kata bolehlah..tapi masih tak capai rasa sedap yang dia nak.

One day ada kawan minta saya cuba tepung premix coklat moist. Mulanya saya agak keberatan sebab biasanya permix tak sedap.Tapi dia hantar 50 bungkus. Saya buat satu bungkus nak test rasa.
Biar sipeminat kek coklat yang rasa dan komen. Wah..dia kata kek ini memang sangat sedap. Mcam yang chef profesional buat.

Personally pun, saya rasa macam tu juga. Memang pun, kan yang buat premix tu chef profesional hihi...

Nak buat pun sangat senagn , tempoh persediaan tak sampai 10 minit.


Ini packaging lama, Chef Adly ini sedang dalam proses rebranding dan packaging baru akan menyusul tidak lama lagi. Yang pasti premix ini akan viral.
Saya pun sedang mencari agen untuk kawasan borneo.



Ini kek yang dihasil guna premix ini. Topping dan coklat moist disertakan.

Yang special tentang premix ini ialah coklat tak keras walaupun dimasuk dalam peti sejuk. Rasa setanding dengan Anis Chocolat Moist tapi dengan harag lebih murah sebab kita buat sendiri.

Saya juga ada pelanggan yang menjual choc moist ini yang ready to eat.. boleh tambah income.




Kek birthday guna 2 bungkus tepung premix. Saya sarankan guna acuan 9-10 inci, jadi kek tidak tinggi sangat.
Tutupkanbahagianyang cacat dengan almond flakes. Ini saya hanya guna bahan dalam bungkusan premix.


Atau boleh guna bekas saiz 4 x 4, dan buat topping yang cair.. boleh simpan dalam peti sejuk dan sedia untuk dimakan pada bila-bila masa.




Nanti saya update lagi gambar-gambar coklat lembab ini.

Jika ada berminat nak cuba, boleh WA 0138174166

Buat Karipap Dengan Mudah

Assalamaulaikum dan salam sejahtera...

Saya minat makan karipap. Salah satu kuih yang wajib saya beli kalau saya ke kedai kuih. Saya suka baking tapi karipap ini tidak ada dalam senarai kuih yang saya akan buat sebab pada saya kuih ini memerlukan kesabaran dan kerajinan untuk membuatnya.

Tapi sejak memiliki mesin falcon, ini tidak menjadi masalah lagi sebab mesin ini telah melakukan 80 % dari kerja membuat karipap
Mesi ini uli dan canai. Kita hanya perlu isi inti dan terap guna acuan dan goreng. Sangat senang dan cepat dan sangat membantu pada usahawan karipap frozen.

Ini rupanya mesin falcon. Sangat user friendly. Berat lebih kurang dalam 10 kg. Mudah untuk dibawa ke mana-mana.




Ini rupanya acuan karipap



Ini hasil aduan yang telah digiling guna mesin. Saya tak sempat update video.
* Kalau nak view video saya ada share di fb page ishah bakery.





Kalau guna tepung 500 mg dapat buat dalam 70 biji karipap saiz sederhana.
Buat 20 biji karipaptak sampai satu jam.


Ini resepi yang saya guna untuk mesin ini;

500gm tepung gandum
2 sudu majerin
200 ml air
1/2 sudu garam

masuk dalam mesin, set gaul 10 minit dan tukar function picit.. adunan yang dah giling sedia untuk letak inti.

Sangat-sangat berbaloi untuk memiliki mesin ini.

Saya menyediakan penghantaran seluruh Malaysia.

Kek Lapis Sisik Ikan

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Dah lama sangat tak update blog ini. Bukan tak aktif dengan baking tapi terlalu akif dengan kelas baking dan event ExecutorRoom Penjenamaan dan Pemasaran Lautan Biru dan juga mobil baking class.
Sepanjang tahun ini , banyak tempat juga saya telah conduct baking class, termasuk Sarikei dan Mukah. Sambutan sangat menggalakkan .

Semalam 21/5/2016 , selesai mengadakan kelas kek lapis pertama. Sambutan sangat menggalakkan dan saya berpuas hati sebab peserta balik dengan senyuman.
Saya membuat kelainan dalam baking class saya dengan mempastikan peserta yang hadir untuk membuat kek yang mereka belajar di rumah.

Nanti saya share resepi yang diajar. Tapi bagi saya untuk kek lapis, perlu datang kelas. Lebih banyak kelas yang kita hadiri , lebih tajam ilmu kita.

Untuk kek lapis sisik ikan ini, cara teknikal itu perlu dipelajari dalam kelas, sukar nak cerita di sini. Saya sendiri pun baca resepi tak faham. Dan cikgu yang mengajar mempunyai beberapa tips berdasar dengan pengalaman mereka.

Bahan yang diguna :
Bahan A:
10 biji kuning telur
2 biji putih telur
250 gm gula halus
1 sudu makan ovallete
75 ml air sejuk
1 tin kecil seri kaya
1/2 ( 100gm) botol kecil horlick
250 gm tepung hongkong
300 gm mentega, dipukul bersama
4 sudu makan susu pekat mais
4 bungkus manisan masam manis

Cara membuatnya:
1. Pukul bahan A sehingga kembang
2. Masukkan mentega yang telah dikacau hingga rata dan sebati
3. Bakar 4 sudu makan adunan hingga masak. Kemudian cucuk mencondong buah manisan ke atas lapisan kek.
4. Kemudian masukkan 4 sudu makan adunan lagi dan bakar, buat 2 lapisan baru dicucuk lagi dengan manisan.
5. Ulang proses yang tadi hingga habis.




Susunan tidak nampak kemas sebab kek dipotong masa masih panas. Kena tunggu kek benar-benar sejuk, baru boleh potong.



Semua fokus mendengar penerangan dan tips dari cikgu..


Jika ada yang berminat nak attend class, boleh WA atau yang nak jadi agen sila WA ke 0138174166