TEMPAHAN UNTUK KAWASAN SIBU DIALU-ALUKAN.. Pengumuman : Kelas masakan dan produk kami ada dijual di Tkt. 1,Shoplot 26, Lorong satria 2B,Taman Desa,Sibu mulai 15 SEPTEMBER 2012. Sesiapa yang berminat sila hubungi admin di 013-8174166 Kami juga ada menjual produk Mary Kay. Keterangan lanjut, sharingiscaringasma.blogspot.com

Monday, April 29, 2013

Tumpik Lemantak ( Tumpik Sagu)



Assalaualaikum dan salam sejahtera, pernah dengar tau tak tentang makanan ni. Ni salah satu resepi asli orang sarawak terutamnya popular di kalangan orang melanau. menurut orang tua, semasa zaman Jepun, mereka susah nak daptkan beras. selain dari makan ubi kayu, mereka makan tumpik lemantak ini sebagai makanan ruji mereka.
Pada masa sekarang ini, pendapat peribadi saya tak ramai orang sarawak yang pernahh makan ini terutama di kalangan anak muda yang lebih suka makan makanan segera.

Cara membuatnya mudah sahaja dan boleh ditokok tambah ikut selera masing-masing;

Bahannya :
2 cawan tepung sagu (guna yang fresh, bukan yang dikeringkan)
Kalau tepung yang kering, kena lembabkan dahulu.
1 - 1 1/2 cawan kelapa parut putih
1 cawan sagu yang dihancur kasar
3 sudu makan nasi ( optional-kalau tak letak pun tak apa)
garam secukup rasa

Optional : boleh tambah udang yang dicincang /hirisan cili /daun bawang/ bawang/ ikan bilis

Tapi apa yang saya share di sini hanya mengguna bahan asas sahaja.

Cara membuatnya:
Gaulakn semua bahan sehingga sebati. Teksturnya agak kering.

Panaskan periuk atau kuali, kemudian taburkan bahan yang digaul tadi. Tutupkan tudung periuk. Biar beberapa minit dan keluarkan dari periuk. Kalau suka versi yang ranggup, jangan tabur bahan tebal sangat, buat nipis sahaja. Asal dapat menutupi dasar periuk.

Perhatian : makanan sangat sedap dimakan ketika panas. Maknanya sambil masak , sambl makan. Sedapa nak masak hanya perlu 2-3 minit sahaja.

Periuk nasi orang dulu-dulu..





Selamat mencuba..

Friday, April 26, 2013

ROTI ROTI ROTI....

Salam, hari ini saja nak tunjuk roti-roti yang telah dibuat sejak seminggu dua ni. Zaman moden ini tak susah nak buat roti. kalau ada bread maker sangat mudah..bread at you finger tip hehe. Mana tidaknya...masukkan semua bahan-bahan yang perlu, setkan jam. bangun pagi atau balik kerja dah siap roti yang masih panas,
tapi saya tak ada bread maker so buat secara manual sahaja. Ini antara roti yang telah berjaya dihasilkan.





Cara hidangan ;

Anda boleh sapu garlic spread kemudian toast kan...mm... mesti sedap...


Thursday, April 11, 2013

SNOWY CHEESE CAKE

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Dah lama tak buat cheese cake. Bila google tengok ramai yang komen snowy cheese cake ini sedap , teringin juga nak mencuba,
Bila google ada banyal versi snowy cheese cake ini. Saya decide nak cuba resepi ini.


Termakasih kepada yang punya resepi ini. Terimakasih kerana sudi share resepi ini. Pada saya resepi ini kalau nak diberi bintang rasanya 3 bintang lah. Masa saya google, ada satu lagi resepi snowy cheese cake. Kalau tengok dari bahan yang diguna saya rasa versi yang itu lagi sedap. Tak apa untuk kali ini , saya nak share versi yang saya dah buat . resepi ini hanya mengguna cake span yang biasa . Kalau malas nak buat kek, boleh beli kek span dan buat topping ikut resepi di sini.

Ini rupa snowy cheese yang saya buat...



Ok.. kalau dah sedia , jom kita buat Snowy cheese cake.

Saya ikut resepi ini.
Tapi untuk topping saya tambah 100ml whipping cream.

Resepi ini saya copy paste dari web secubit garam. terimakasih Kak Nor..
KEK CHEESE BERSALJI
resepi : Sherry mz@MyR
sumber: Kzai@Teratakimpian
sumber : K.Nor@SecubitGaram

Bahan2:
UNTUK KEK:
6 biji telur ayam (buang 2 putihnya)
100 gram gula halus
100 gram tepung hong kong (blue key superfine boleh juga) ~ k.nor guna tpg gandum biasa
60 gram tepung jagung (maizena)
50 gram air sejuk (dr peti ais)
1 sudu teh baking powder
2 sudu makan ovelet
75 gram mentega (dicairkan)

UNTUK KRIM:
1 kotak cream cheese philadelphia
1/2 tin susu pekat manis- akak letak 1 cwn (satukan kedua bahan & putar sehingga tidak berketul2)

UTK TOPPING:
1/2 kotak kraft cheddar cheese (diparut)

Cara-cara:
1. Masukkan semua bahan2 kecuali mentega cair dan putar.
2. Putar dengan kelajuan sederhana sehingga pekat & putih.Akhir sekali masukkan mentega cair.Putar lagi sehingga sebati dan pekat.
3. Sediakan acuan yang telah dialas dgn kertas minyak atau yang telah disapu dgn sedikit butter.
4. Bakar dalam acuan dengan menggunakan api atas dan bawah selama 45 minit ke 1 jam, dengan kepanasan 150C.
5. Bila sudah masak biarkan sejuk. Bila dah sejuk, ambil pisau kek dan potong di tengah-tengah kek supaya menjadi dua bahagian.
6. Sapukan krim cheese di atas separuh kek tadi, kemudian letakkan sebahagian lagi kek di atasnya.
7. Sapukan lebihan krim cheese sehingga menutupi seluruh kek.
8. Akhir sekali taburkan cheese kraf yang telah diparut tadi keseluruh kek sebagai toppingnya.
9. Masukkan dlm peti ais dlm 1-2 jam. Lepas tu baru potong.

 

Pekasam Sawi

Assalamualaikum dan salam sejahtera, Balik dari kerja semalam ternampak emak sedang membuat sesuatu. Sejak ada blog ini, biasa saya tak akan lepaskan peluang untuk share ap-apa resepi, terutama sekali resepi ibunda. Yang biasanya kita tak boleh google kat internet. Kadang-kadang, bila adik-adikatau kawan-kawan bertanya, mudah saja nak jawab..checklah di blog hehe.
 Ok panjang pula pembuka kata ni, Pernah tak makan pekasam sawi? Budak muda-muda mungkin ada jangankan makan , tak tahu pun kewujudan makanan ini hehe. Kalau di sarawak in..biasa kalau kita sebut pekasam mesaiee iban., biasanya orang tau. Biasa jarang ada dijual, kalau nak makan kena tempah atau buat sendiri.
Ini resepi yang saya dapat setelah interview ibunda hehe:



Bahannya :
1.Sayur sawi pahit atau sawi iban.. lebih kurang dalam 250 gm kot. kalau kat sarawak beli dalam 2 ikat.
2.Garam masin sedikit dari masakan biasa.
3. Air dalam 3 cawan
4. Nasi segenggam

Cara membuatnya :
1. Sayur sawi cuci bersih dan jemur sekejap sehingga daunnya sedikit layu.
2. 3 cawan air dimasak sehingga mendidih , kemudian masukkan garam , biar masin sedikit.
    Biarkan air garam suam.
3. Bila air garam sudah suam, masukkan segenggam nasi dan masuk sekali daun sawi yang layu dan picit-picitkan daun sawi bersama nasi tersebut. Selepas itu simpan dalam bekas bertutup. Botol kaca lebih baik dari bekas plastik. Perap selama seminggu .

Cara hidangan;
Ambil daun sawi tadi, potong ikut cita rasa masing-masing.
Tumis bawang merah dan cili ikut selera masing-masing, kemudian masukkan sawi pekasam tadi. boleh dimakan bersama nasi.

Rasanya lebih kurang macam sawi masin yang biasa di jual di pasar. Cuma kalau kita buat sendiri, kita dah pasti kebersihannya dan bahan yang kita guna.
Selamat mencuba..




Thursday, April 4, 2013

KELAS KEK LAPIS

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Saya menerima banyak pertanyaan tentang kelas kek lapis. Untuk memenuhi permintaan anda yang berminat nak belajar kek lapis, saya akan membuka kelas untuk belajar kek lais sarawak. Dalam kelas tersebut peserta akan ditunjuk 2 corak kek lapis. Peserta akan membancuh sendiri adunan dan membuat kek lapis mereka sendiri. Kek lapis yang mereka buat bersaiz 8 in x 4 in.
Peserta perlu memilih salah -satu corak yang diajar untuk mereka cuba sendiri.

Setelah mengikuti kelas ini, peserta boleh mendapat pendapatan sampingan dengan mengambil tempahan terutamanya semasa musim perayaan dimana permintaan akan meningkat.

Jika ada sesiapa yang berminat kelas pertama akan diada pada 4 Mei 2013. Sila hubungi Asma di 013-817 4166 untuk booking tempat.